Tuesday, July 14

-::Pedih..sedih..di mana agamanya hilang??::-


“Assalamualaikum dik..” terdengar suara dr. T di hujung telefon. Aku baru selesai makan di rest room.

“Waalaikumussalam doc..” aku menjawab.

“Dik, minta tolong ke anggrek (nama ward) skarang ya. Dr F (senior doctor) sudah datang. Sudah mau mulai visiter. Aku mau solat isya sebentar ya. Aku udah kasi tau dr F.” jam di tanganku menunjukkan 9 malam.

Aku langsung mencuci tanganku dan bergegas keluar dari rest room. Baru sampai di luar pintu..telefon aku berdering lagi.

“Dik cepat dik..lari kau ke sana! Dr F sudah di sana!!” terkejut aku..rasanya belum sampai 3 menit..aku di telefon lagi. Setahu aku dr T (junior doctor) sangat lemah lembut. Tak pernah dia marah-marah begitu. Aku berlari sekuat tenagaku.

Sampai di ward anggrek..aku mencari-cari kelibat dr F. Di 'nurse station' tidak ada..aku langsung ke room 6 yang mana aku pasti patient inilah yang dr F akan visiter. Patient dengan consult dari medicine with “vaginal itch” ini harus dilihat senior doctor sebelum dijawab konsulnya dan akan di rawat secara kerjasama antara medicine dan OnG. Tapi..di situ tetap tidak ada dr F. Aku hairan..aku keluar lagi dari room 6..mata meliar mencari..tetap tidak nampak kelibatnya. Aku tanya nurse..nurse cakap..belum datang.

Tangan aku langsung mendail nombor dr T. Aku melaporkan yang tidak ada dr F di situ. Dr T mulai bingung. “Ada dik..di situ!..sbentar saya ke sana!” dimarahi lagi. Aku bingung. Aku melangkah keluar ward dan menunggu di pintu hadapan. Tiba-tiba..aku ditegur dari belakang. Ternyata dr. F baru turun dari keretanya. Aduh!..separuh geram jugak aku dibuatnya. Arahan yang diberikan tadi seolah-olah dr F sudah standby di nurse station untuk mulai visiter. Tapi..aku tidak langsung memarahi dr T sebab aku tahu..pasti ada salah paham sehingga dia memarahi aku di dalam telefon.

Beberapa minit kemudian, dr T datang dengan tercungap-cungap. Kesian aku tengok…sebab aku pun rasa jugak bagaimana berlari dari rest room yang jauh di hujung hospital ke ward VIP tu.

“Bagaimana produksi urinnya patient di ICU?” dr F bertanya pada aku keadaan patient di ICU dengan endometrium carcinoma + metastasis to kidney.

“Jam 1800, urin sebanyak 500 cc dibuang. Jam 1900, urin sebanyak 8 cc. Jam 2000, 10 cc doc.” Aku melaporkan satu persatu. “Mana jam 2100 nya?!!!” tengking dr F. Aku rasa baru 5 menit lalu jam 9 malam. “Maaf doc, kalau begitu saya ke ICU skarang”… “pergi mo kau cepat!”…dr F meninggkan suaranya. Dr T diam kaku. Aku berlari lagi…huhu…marathon waktu malam.

Sesudah mencatat produksi urinnya dan melihat keadaan di monitor patient, aku kembali ke ward. Ternyata..dr F sudah di room 6. Aku terserempak dengan dr T yang baru ingin membuka pintu room 6. Aku mengikut dari belakang. “ Tunggu di luar dulu dik ya. Jangan kau masuk” suara dr T perlahan berbisik sambil menunjukkan memek muka ‘jangan’. Terkaku aku sekejap. Dihalau ke ape ni…dalam hati aku berteka-teki. Aku malas berdiri lama di situ. Aku melangkah keluar di pintu ward. Menunggu dan terus menunggu…Akhirnya dr F dan dr T keluar. Dr F langsung jalan keluar melalui pintu belakang ward. Kelihatan dr T dengan muka yang tiada senyum. Bukan muka marah, tapi muka yang sedih dan menggambarkan kekecewaan.

Aku tidak hairan aku di marahi hari itu. Aku sudah lazim dengan kehidupan medical student. Buat ini salah..buat itu salah…buat terbaik pun ada yang kurang…aku pasrah saja. Tapi, hati aku sakit melihat muka dr T yang muram itu. Dr T sangat baik dengan aku. Sabar jugak orangnya. Selalu ketawa. Ada masalah pun tetap ketawa. Malam itu berbeza..sangat berbeza.

Setelah semuanya selesai, dr T langsung keluar dari ward dan menarik tanganku. Dia mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang. “Assalamualaikum Anti..bisa aku bicara sebentar.” Aku tau..dr Anti adalah teman karib dr T. Tangan aku dilepas perlahan-lahan. Aku mencari posisi yang agak jauh supaya dia dapat berbicara dengan temannya secara privacy. Tapi..aku dapat lihat..air matanya jatuh..laju dan terus laju. Sambil teresak-esak dia menceritakan sesuatu ke temannya itu. Dr T bukan orang yang mudah menangis. Aku jadi bersalah. 'Adakah dia dimarahi sebab aku lambat di ward tadi? Adakah dia dimarahi sebab aku tak update keadaan patient di ICU pukul 9 malam tadi? Bagaimanalah aku nak update kalau pada waktu yang sama aku dipanggil.' Aku bermonolog sendiri. Bersalah menyelubungiku. Aku tahu pasti dia dimarahi dr F. Begitulah kalau dah junior doctor. Tapi..aku takut ini berkaitan denganku.

Selesai dia menelefon, aku menghampirinya. “Doc, maaf skali doc. Maaf skali. Saya sudah berlari ke anggrek tadi dan saya tidak sempat update patient di ICU. Maafkan saya doc.” Aku memohon maaf ke dia. Tangannya langsung merangkulku. “Aku juga minta maaf ya dik kerna memarahimu. Aku ndak sadar tadi. Bukan salahmu dik.” Tangannya mengesat mata.
“Aku menangis kerna solatku diganggu. Masa aku baru mengankat takbir, dr F telefon-telefon terus aku. Aku sudah bilang sama dia, aku mau solat dulu. Di tlefon2 terus. Selesai solat, ntah tlefon ke berapa, dia marah2 ma(saya) bilang kau ndak ada di anggrek. Solat aku tidak khusyuk. Tapi ternyata kau udah di sana dan mencari-cari dia”..Cerita dr T teresak-esak. Hati aku geram. Aku tidak cerita ke dr T yang sebenarnya, dia baru sahaja turun dari keretanya waktu aku menunggu di luar ward…biarlah aku simpan.

“Sedih dik. Solatku tidak khusyu`. Kenapa ada org islam yang begini? Tidak mengertikah solat itu bagaimana..masa 2 menit bisa selesai solat.” Aku bertambah pedih..sedih..bercampur baur.

“Banyak senior-seniorku berubah dik. Dahulu mereka menjaga solat..tapi sekarang tidak lagi. Jangan sampai aku berubah kerana kerjaya ini dik. Dahulu mereka menjaga pakaian..tapi sekarang tidak lagi. Jangan aku jugak begitu. Na`uzubillah” air matanya terus meluncur.
“Aku tidak haran aku di marahi..tapi aku sedih solatku diganggu. Dia juga islam." aduh..pedih..sgt sedih hatiku. Tidak terungkap kata2 dari mulutku.

Pedihnya hati mendengar rintihan doktorku seorang ini.
Sedihnya hatiku…umat islam sekarang hancur luluh. Bukan satu dua aku ketemu begini, sudah tidak terhitung.
Pedihnya mengenangkan berapa kerat yang bersikap seperti dr T.
Sedihnya melihat orang islam tidak megerti orang islam sendiri terutama dalam hal solat.
Pedihnya hatiku….mengenangkan..inilah tanda-tanda akhir zaman. Orang berilmu sudah hilang agamanya!!
Tidak terungkap kata-kata dari bibirku......

“Ya ALLAH..jadikanlah aku dan keturunanku adalah dari golongan yang soleh dan mendirikan solat…amen ya Rabb”
Merawat orang jangan sampai diri sendiri yang sakit...na`uzubillah.

“Maka ber TAQWA lah kamu kepada ALLAH menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang yang beruntung” 64:16