Sunday, August 30

-::Purifying......::-

Iman seorang mukmin akan tampak di saat ia menghadapi ujian. Di saat ia totalitas dalam berdoa, tapi ia belum melihat pengaruh apapun dari doanya. Ketika, ia tetap tidak merubah keinginan dan harapannya, meski sebab-sebab putus asa semakin kuat. Itu semua dilakukan seseorang karena keyakinannya bahwa hanya Allah saja yang paling tahu apa yang lebih maslahat bagi dirinya. Ia yakin bahwa dengan ujian itu, Allah ingin melihat tingkatan kesabaran dan keimanannya. Ia yakin bahwa dengan keadaan itu, Allah menghendaki hatinya menjadi luruh dan pasrah kepada-Nya. Atau, boleh jadi melalui ujian itu, Allah menghendaki dirinya untuk lebih banyak lagi berdoa sehingga ia lebih dekat lagi dengan-Nya melalui doa-doanya. [Ibnul Jauzi dalam Shaidul Khatir, 375]

" Ya Allah..Aku memohon cintaMu dan amal yang membawa aku kepada cintaMu. Ya Allah...jadikanlah mencintaiMU lebih aku sukai dari mencintai diriku, keluargaku dan air yang sejuk.."

MencintaiMu adalah kebahagian yang tertinggi...ameen.

Friday, August 21

-:: Satu Muhasabah::- (Syukran jazilan ABi)

Masih basah..kenangan indah bersama

Satu Muhasabah...

Ada di kalangan abnaul jamaah..
mengadu keresahan jiwanya..
kekacauan hidupnya..
masalah sering menekannya.
Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..
akademik menjadi bebanan..
jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab..

bagaimana tahajjudnya setiap malam..
berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu. .mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya....
Al Waqi'ah,Al Mulk,Yaa Sin,semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa,menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...

Bagaimana solatnya yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....
unsur-unsur ta'abudan (pengabdian), tasliman (penyerahan), takhasyua'an (khusyu'), tabazzulan (kehinaan diri), takhaddu'an (kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....
Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..
yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan dan keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhk an sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

ABi


Wallahu`alam.

Sunday, August 9

-:: BADAR METROPOLITAN - telah terbit ! ::-

Alhamdulillahirabbil`alamin……

Dengan izin ALLAH SWT, akhirnya terbitlah buku antologi puisi BADAR METROPOLITAN EDISI KHAS, SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2008.Terima kasih dan tahniah untuk sahabat-sahabat GKLN yang berusaha sehabis tenaga dalam menerbitkan buku ini. Semoga dari penulisan-penulisan kita ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. InsyaALLAH.
Memuatkan 70 buah puisi yang dipilih dari peserta-peserta sayembara puisi berunsur Islam GKLN 2008.
Untuk tempahan, emelkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah naskhah ke fahd_razy@yahoo.co.uk. (saudara fadh, saya tolong promote kan ni..hehe)
Harga RM15 (termasuk kos pos) setiap naskhah.Setiap pembelian 5 naskhah dan ke atas akan menerima harga istimewa RM13 senaskhah (termasuk kos pos)

Layari http://gklnpublishinghouse.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Beli…jangan tak beli..^_^~~

p/s : buat keluarga di rumah..nantikan kehadiran buku ini (ada puisi khas dari hidayah untuk mak ^_~)..tak lama lagi sampailah tu..insyaALLAH.
Wallahu`alam.

Saturday, August 8

-:: something to remember ::-

(1 Ogos 2009)
Telefonku bergetar dengan bunyi nada dering sms.

Message 1 : “Assalamualaikum. Kak Dayah..dengar kata kak dayah nak balik kan? Bestnya kalau dapat jumpa kak dayah..mak bagi tau kak dayah ada plan nak balik”

Message 2 : “Wsalam. Adik..minta maaf. Kak dayah tak dapat balik. Tiket mahal sangat. Then, kak dayah dapat masuk department baru next week. Dah tukar jadual. Kak dayah dah fikir balik lepas solat maghrib tadi. Lagipun imigresen kak dayah untuk perpanjang visa pun tak siap lagi. Bagi tau mak ya.”

Message 1 : “oo..macam tu. Sedihnya…jadi tak dapat la kita berjumpa sebelum adik fly. Keputusan kak dayah tu dah betul..insyaALLAH. Kesian jugak kat mak nak keluarkan duit untuk duit flight kak dayah.”

Message 2 : “Don`t worry adik. InsyaALLAH…perpisahan kita ni kerana perjuangan. Perjuangan mencari ilmu keranaNYA. Kita berpisah kerana ALLAH. Untuk gembirakan hati mak ayah. Adik jangan sedih…Tetaplah semangat dalam mencari ilmu. ”

Message 1 : “Terima kasih kak dayah. Adik akan lakukan terbaik.”

Tiba-tiba teringat sms adik hari sabtu lepas. Masa tu baru lepas diundi examiner untuk ujian O&G. Tak sangka ujian dicepatkan. Jadi dapat lah cuti dua minggu…Namun, perancangan ALLAH lebih dari segalanya. Banyak perkara yang membuatkan plan untuk pulang berjumpa adik tidak terpenuhi. Semua ada hikmahnya..InsyaALLAH.

Hari ini, saya tak dapat bersama-sama dengan keluarga dalam kenduri `aqiqah anak buah yang baru..Nur `Aisyah Hasanah binti Muhammad Husamuddin dan juga kenduri kesyukuran adik yang akan fly ke Jordan pada hari raya ke-3 nanti. Semoga dengan bertambahnya ahli keluarga yang baru dan pemergian adik ke Bumi Syam memberi barakah yang tertinggi dalam keluarga serta mendapat keredhaan ALLAH. InsyaALLAH. Terima kasih doa dari sahabat handai dan keluarga sekitar kami….

Miss all of you in Kedah…
Adik, tetap semangat! Allah bersama kita..
Wallahu`alam,
South Sulawesi, ID.

Sunday, August 2

-:: Semoga kejayaan milik bersama..biiznillah::-

Posting O&G 17 Mei - 01 August 2009

Teman-temanku (olvi, yogi, k yumna, jun, serly, whendy, k ain, k erda & rahma)..semoga kejayaan milik bersama dalam ujian akan datang. Setelah sekian lama tempuhi cabaran bersama dan berusaha sehabisnya. Terima kasih semua atas ilmu yang diberikan!! All the best !