Sunday, April 26

-:: Muhasabah ~ refreshing how to be an excellent muslim student ::-


“Assalamualaikum pak” Saya berusaha memulakan hari yang berdebar-debar itu dengan perkara yang disunnahkan Rasulullah.

“Waalaikumussalam nak. Kenapa?”

“Saya mau kumpul berkas untuk diundi besok” Setiausaha Department Surgery yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Jai itu melihat saya dengan bersahaja.

“Mana berkasnya?” Saya menyerahkan dengan hati berdebar-debar. Walhal bukanlah hari itu akan diundi. Kebiasaan di sini, setelah melalui satu department, kami harus mengumpul semua tugasan selama di department tersebut termasuklah assignment (berkas) untuk diluluskan mengikuti ujian. Untuk clinical students, ujiannya adalah langsung dihadapan examiner di mana examiner ditentukan melalui undian.

“Sesiapa yang memulakan paginya dengan bershukur pada penciptaNYA dan melakukan solat sunat dua rakaat sebelum menunaikan solat subuh, maka akan datang keberkatan dari ALLAH.” Pak Jai berbicara sambil tangannya sibuk menguruskan berkas tugasanku.

“Hanya orang-orang yang berusaha, menguruskan waktunya dengan betul dan tidak melupakan ALLAH akan mendapat apa yang terbaik dari tuhan.” Saya menjadi kaku sebentar mendengar satu-satu kalimah pak Jai. Kepala ligat me`rewind` kembali sebelas minggu yang lalu selama di department ini. Keletihan selalu menjadi alasan untuk tidak berusaha lebih. Pulang sahaja dari hospital selepas sehari penat dalam operating theatre, katil lah menjadi sasaran utama.

Tidak salah untuk memberi hak pada tubuh badan untuk berehat, tapi kalau sudah melebih, semua urusan tidak dapat diselesaikan termasuklah ibadah kepada ALLAH SWT. Daripada merancang untuk memaksimalkan ibadah sunat padaNYA..semuanya akan jadi minimal gara-gara letih menjadi alasan.


BERMULA DARI PAGI.

Saya berminat dengan nasihat Pak Jai pada saya tentang permulaan pagi yang baik. Bermula dari bangun tidur dengan meulakan sunnah rasulullah dan membaca doa bangun tidur akan membuatkan kita tidak lupa siapa yang menciptakan kita. Pada waktu itu, segalanya akan menentukan perjalan dan pekerjaan kita satu hari.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

Jika pagi dimulakan dengan bangun lambat, solat subuh terlepas…ketenangan itu akan hilang. Segala urusan jauh dari redha ALLAH kerana kita bangun dengan melupakannya. Apa yang kita pelajari satu hari akan melekat di dalam kepala hanya 30% sebagai akibat dari kurangnya berkah dalam ilmu itu sendiri. Sepertilah seseorang yang memberi kepercayaan kepada kita dalam melakukan sesuatu, apabila kita tidak melakukannya, kita tidak lagi diperhatikannya kerana janji itu tidak dilaksanakan. Ucapan terima kasih pun tidak akan terluncur sebagai penghargaan kepada kita.


INDIVIDU MUSLIM YANG UNGGUL

Kadang-kadang kita sering bertanya. “Kenapa apa yang aku lakukan selalu memberi pengakhiran yang tidak setimpal dengan usaha yang kita lakukan?” Pertanyaan begini sering menghantui pelajar-pelajar dan mahasiswa. Ia akan terbengkalai tanpa jawapan jika kita tidak ada usaha untuk kembali bermuhasabah di mana silapnya.

Berkata Iman Hassan Al-Banna “Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab”

Sebagai seorang pelajar muslim, untuk menjadi seorang yang berjaya, keredhaan dan barakah ALLAH SWT adalah suatu yang sangat membantu. Pelajar yang baik (Good student)akan mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi pelajar yang cemerlang (Excellent student) akan mendapat keputusan yang cemerlang dan seiring dengan barakah dari ALLAH SWT. Untuk mendapatkan barakah dari ALLAH SWT ini, bermula dari menjadi seorang individu muslim yang unggul.

Apakah ciri-ciri individu muslim yang unggul?

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan) .


3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw. Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan individu muslim iaitu sensitive pada persekitaran, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun sibuk, perlu belajar dan beribadah.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak sia-sia.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik dan mentadabburnya.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Belajar adalah suatu perkara yang berat - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
Pesanan al-Banna: “Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”


7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Pelajar muslim yang unggul mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
2 nikmat yang selalu disia-siakan oleh kebanyakan manusia; nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan manusia”- (al Bukhari & Muslim);


9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga..

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Pelajar muslim yang unggul merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang mempelajari ilmu ALLAH bersama-sama.
Seorang pelajar muslim yang unggul bukan hanya memikirkan dirinya, malah member faedah pada teman sekitarnya dalam memahami ilmu.

Maenjadi individu muslim yang unggul dengan ciri-ciri di atas yang disarankan oleh imam Hassan AL-Bana sangat penting dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Bukan sekadar di dunia malah di akhirat kerana keredhaan dan barakah ALLAH sentiasa bersama. InsyaALLAH…


Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah……..


Wallahu`alam.


Friday, April 17

-:: R.I.N.D.U ::-


Ya Allah….
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah ya ALLAH..eratkanlah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanMU(yang sebenar).
Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu.

Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma`rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..
Jika engakau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini.

Hati ini sangat merindui mereka Ya ALLAH….
Kalau di dunia ini kami bertemu dan berpisah kerana beban dakwahMU..maka jadikanlah kami jiran terdekat di akhirat nanti..ameen ya rabbal `alamin.


Wallahu`alam



Saturday, March 28

-:: Secebis hikmah yang terselit...Part II ::-



“Diwajibkan ke atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : 216)

Air mata saya sudah bergenang menunggu saatnya jatuh. Tapi, masakan mahu mebiarkan ianya jatuh dengan begitu sahaja. Saya cuba bertahan di situ apabila melihat kertas yang diedarkan kawan-kawan pada waktu itu. Di kertas itu, tercatat nama-nama pelajar megikut pusingan 8 subdivisi department surgery & emergency. Seperti mahu menjerit bila melihat namaku berada di subdivisi “Bedah Thorax”. Ini bermakna saya bakal menambah satu minggu lagi waktu bermalamku di hospital. Subdivisi yang paling malas dimasuki bukan kerana beratnya, tetapi kerana berada di hospital selama 24 jam/7 hari. Hati saya memberontak seketika.

Saya menjadi tidak puas hati satu hari di unit kecemasan hari itu. Bagaimana tidak begitu…sebelumnya saya sudah diberitahu oleh chief koas (leader clinical student) yang saya ditempatkan di subdivisi “Bedah anak”. Saya cuba mengawal emosi. Dengan tekadnya, saya berusaha menghubungi sahabat-sahabat yang sudah berada di ward untuk menukarkan kembali saya ke subdivisi asal. Tidak sanggup saya untuk terus bermalam di hospital setelah tiga minggu tidak pulang-pulang ke rumah. Pulang pun sekadar mengambil apa yang diperlukan. Selama tiga hari saya berusaha meminta bantuan kawan-kawan dan chief. Urusan ALLAH lebih mengatasi urusan hamba-hambaNYA. Nama saya tetap tidak berubah, masih di subdivisi yang sama. Ini bermakna, saya harus juga melepasi subdivisi ini sebagai station pertama setelah di unit kecemasan. Kaki yang berat dipaksakan untuk melangkah dengan seluruh tubuh yang terasa sangat pegalnya sehingga ke hujung kaki.

MEREKA MEMAHAMI

Setelah melapor ke doktor subdivisi dan mendapat arahan dari ketua subdivisi sebelumnya, kami diwajibkan untuk melihat semua pesakit-pesakit di ward. Saya diberikan amanah untuk memegang dua pesakit. Wajah semakin lesu akibat tidak cukupnya tidur selama 2 minggu di unit kecemasan dan 1 minggu di hospital luar daerah.

“Hidayah, saya kasi kau pasien yang ringan-ringan saja ya. Kau, serly dan kak ati. Kalian kan baru dari UGD (Unit gawat darurat / kecemasan)” tegur Iva. Saya jadi malu. Sebagai seorang doktor, seharusnya tidak ada istilah penat atau letih. Tapi..sejujurnya..badanku sudah harus dibaiki kembali kondisinya. Selsema tiba-tiba datang di waktu getir ini. Saya sudah tidak boleh tidur dengan nyenyak akibang sering batuk waktu tidur malam.

Besoknya, teman-teman sekumpulanku menyuruhku istirehat di bilik koas. Saya merasa sangat bershukur mendapatkan mereka yang memahami. Kerana hakikatnya selama saya menjadi koas, banyak saya temui kawan-kawan yang mementingkan diri sendiri sehingga kawan yang sakit pun di “wajib”kan untuk bekerja tanpa alasan kerana bagi mereka..tidak ada satu orang, bakal menyusahkan dan menambahkan kerja-kerja mereka.

TAMBAHAN UJIAN

Setelah melewati subdivisi yang memerlukan kesabaran itu, saya sekali lagi disampaikan oleh chief bahawa saya akan menjadi leader di subdivisi seterusnya iaitu “Bedah Digestif”. Aduh…rasa peluh meniti-nitik. Walaupun sudah keluar dan tidak tidur di hospital seperti subdivisi sebelumnya, tanggungjawab yang besar seperti menekan-nekan pundak bahu saya. Subdivisi Bedah Digestif juga digolongkan dalam salah satu subdivisi besar yang stress selain bedah thorax dan bedah urologi. Saya kuatkan juga untuk menelan semuanya.

Hari pertama sebagai leader di sini sudah membuatkan saya pulang pukul satu pagi ke asrama. Saya harus melihat semua pesakit-pesakit di bawah kelolaan subdivisi ini. Malam itu, saya terpaksa round ward sendiri sebanyak kurang lebih 50 patients supaya mudah untuk melapor ke doktor pada esok hari nya. Sebagai seorang leader saya harus mengetahui semua pesakit. Bukan sekadar kedudukannya di ward, tapi diagnosisnya dan keadaan umumnya juga harus diketahui. Selain itu, kelancaran semua kerja dalam menangani pesakit dari penanggungjawab doktor yang akan merawatnya sampai ke jadual operasi bergantung pada kualiti management saya mengendalikan teman-teman. Saya membahagikan tugas-tugas pada kawan-kawan supaya tidak semua perkara membebankan saya sendiri. Dan hakikatnya itulah kerja berkumpulan. Harus kerjasama yang tinggi.

Saya semakin suka kepada subdivisi ini walaupun penat sebagai leader. Kenapa begitu?...ucapan terima kasih doctor-doktor pada saya dan kawan-kawan tidak pernah lekang. Kepercayaan mereka pada kami membuatkan saya seronok untuk bekerja dengan ikhlasnya. Tiga hari berturut-turut saya pulang tengah malam walaupun sebenarnya bukanlah shift saya untuk jaga waktu itu. Saya harus pastikan semuanya tersusun rapi dan pesakit dalam kondisi yang baik. Syukur tidak terhingga, kerana di sini saya belajar bagaiman untuk menjadi leader pada masyarakat. Dimarahi, penat dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. Tanggungjawab saja yang difikirkan walaupun tidak makan satu hari. Jika satu amanah tercicir, saya menjadi takut dipertanyakan nanti olehNYA selain ditanya doktor-doktor residen waktu round ward. Alhamdulillah..i got something from the experience.

TERLALU STRESS PADA AWALNYA

Setelah melepasi dua subdivisi yang besar dan stress, saya masih harus mengikuti dua subdivisi yang besar setelahnya. Subdivisi “Bedah Onkologi” dan “Bedah Urologi”. Itulah hakikatnya jika pertama mendapatkan subdivisi “Bedah Thorax” sebagai station pertama. Pusingan ini tidak pernah berubah, harus mengikut jalurnya. Itulah membuatkan saya tidak kuat menerimanya pada waktu pertama dahulu. Namun, paku tetap jua haru ditelan. Allah lebih mengetahui segalanya. Saya berusaha untuk melaluinya juga. Di Bedah Urologi, memandangkan kami berhadapan langsung dengan professor, tidak ada hari yang tidak pernah stress. Sikap prof yang sangat complicated dan perfectionist dalam segala hal membuatkan doctor-doktor resident harus memastikan segalanya complete dalam menangani pesakit. Keadaan doktor-doktornya yang stress, membuatkan kami terkena tempias anginya. Seperti pantai yang terkena ombak. Tiada hari yang saya tidak pernah dimarahi di depan pesakit. Telinga ini terpaksa dipekakkan buat seketika. Muka yang merah, terpaksa dibiarkan sahaja.

ENGKAU MENGETAHUI SEGALANYA YA ALLAH

Hari ini, saya sudah 8 minggu di bedah. Besok, saya akan memasuki minggu ke 9. Hanya tinggal 3 minggu lagi sebelum ujian. Sambil merenung ciptaanNYA di luar bilik tadi, saya merasa tidak sia-sia saya melewati semua ini walaupun hakikatnya pertama saya amat susah menerima pusingan yang saya dapatkan. Saya sekarang berada di subdivisi yang kecil dan agak ringan setelah melepasi subdivisi yang berat. Tidaklah terlalu menstresskan. Saya dapat memfokuskan kepada assignment yang diwajibkan untuk dipresentasikan pada minggu ke 10. Ada hikmah sebenanarnya kenapa DIA susahkan saya pada waktu pertama. Saya sama sekali tidak terurus pertamanya akibat pusingan jadual yang begitu. Tetapi betapa tinggi hikmahNYA kerana sekarang waktu diberikanNYA untuk istirehat dan mengulang kaji kembali pelajaran yang tidak pernah sempat sebelumnya akibat terlalu penat.

Semoga perjalananku sampai ujian dimudahkan olehNYA.ameen…

Segala puji bagiMU Ya ALLAH. Ya ALLAH..benar ayatMu di dalam surah al-Baqarah. Tidak sia-sia KAU memberi sesuatu pada hambaMU. Dalam kesenangan KAU selitkan himahnya. Dalam kesusahan bertambah-tambah KAU selitkan hikmahnya. Cuma kadang-kadang manusia lupa mencari hikmah itu. Semoga KAU golongkan kami sebagai hamba-hambaMU yang tidak pernah lupa…..ameen.

Thursday, March 19

-:: Sendiri Ibu Melakar Jalan Itu ::-

Kisah yang sudah
dalam sepi masih berbunga
dalam balam tetap bernyawa
tidak pernah pupus.
Bahangnya membakar hati yang makin luluh itu,
hingga merah kembali.

Sejak tangan ayah tidak mengenal kertas,
kaki lembut menjadi keras,
lemah tubuh berganti tegar,
bicara serak semakin hilang gentar.

Biji tasbih berjalan,
jari merah itu tidak jemu.

Letih sudah mulut menguak,
terus terkumat kalimah “La ila ha illallah” .

Semakin bosan tikar melihatnya,
semakin bertambah gelap dahi.

Kekuatan harus dicari,
kerana dia tahu,
pelurus tulang bengkoknya semakin pergi,
tiada yang menemani.

Kerana hemah terlalu dalam,
sabar akan segala,
ibu setenang jiwa,
Rabb menjadi teman,
dan kami tumbuh dewasa,
dari tangan yang berbeza.


Nukilan,
Bushra,
28 Disember 2008 (sayembara puisi islam IPEM `08)


"Ibu..aku merinduimu. Doakan kejayaanku dalam kembara ilmu di negeri orang ini..Terima kasih atas segalanya.."

Sunday, March 8

-::Secebis hikmah yang terselit....PART I::-


Bismillahirahmanirrahim…..

Dengan namamu ya ALLAH..ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu, yang hari ini serta yang akan datang.

Alhamdulillahirabbil`alamin…setelah lima minggu saya tidak sempat menghantar apa-apa entry dan hari ini DIA memberikan keizinanNYA untuk saya mengeluarkan segala isi minda yang membuak-buak. Tidak tahu ingin bermula dari mana untuk mengungkap segala pengalaman selama berada di “Surgery and Emergency department” kerana terlalu banyak rasanya ingin dikongsi.

KEPENATAN DAN “KETAKUTAN” YANG TAK BERHENTI

“Hidayah, pergi “ampra”kan infus set, abocath, RL, spoit 10 cc, catheter set, urine bag! Skarang!”

Saya terkejut dengan arahan yang diberikan oleh doktor pada hari pertama di unit gawat darurat (UGD/emergency room). Istilah “ampra” pun saya tidak tahu. Saya jadi kaku sebentar di situ. Tidak tahu ingin bermula dari mana. Doktor sibuk memeriksa “airway” patient yang berlumuran darah. Ingin bertanya senior…tapi masing-masing dengan dunia sendiri menghadapi patient yang tak berhenti-henti. Hari pertama itu, semua patient masuk dengan kemalangan yang parah. “Hidayah! Segera pergi “ampra” alat di apotek (farmasi)!!” jerkah seorang senior. Saya berlari ke apotek UGD tanpa mengetahui apa yang harus dilakukan. Sampai di sana saya cuba menyebut ulang istilah “ampra” dan alat2 yang disebut doktor tadi. Akhirnya, baru saya mengerti apa maksudnya dari istilah “ampra” - ambil alat dengan segera tanpa menunggu bayaran dari keluarga patient. Sampai di UGD, doktor merampas alat-alat dari tangan saya dengan sentapan yang keras. Terkejut saya untuk kali keduanya. Dalam hati…dunia apakah ini??.

Semua student wajib menerima patient dan memegang satu patient. Tidak tahu angin nasib apakah hari itu. Saya mendapatkan patient yang masuk dengan kesedaran menurun (GCS 5) dan pendarahan di dalam kepala yang hebat akibat kemalangan. Hari pertama masuk dengan pengalaman yang sangat kurang, saya disuruh memegang patient yang seperti itu cukup membuatkan mata yang mengantuk menjadi celik dan jantung sentiasa berdegup kencang. Masalah yang paling besar apabila saya mengingatkan bahawa semua kondisi patient menjadi tanggungjawab saya. Dari masuknya ubat sampailah perbaikan atau drop nya patient. Istilah “kematian” membuatkan saya menjadi lebih berhati-hati dalam merawat patient.

Saya tidak sedar jam tangan sudah menunjukkan jam 12 tengah malam yang mana juga menandakan satu hari sudah berlalu. Badan terasa sakit seluruhnya. Masih ada 1 minggu 6 hari harus saya lalui untuk menyelesaikan station pertama ini di emergency n surgery department. Hari pertama itu, saya dijadualkan untuk tidur 12-3 pagi. Kekuatan dimohon dariNYA untuk menghadapi hari-hari besok supaya lebih kuat dan bersabar dengan apa yang di lalui. Hari pertama saya merasakan seperti orang yang sangat kaku. Tidak tahu apa yang dilakukan. Semuanya tidak kena. Ambil alat salah, tidak fokus dalam mendengar arahan dan sering dimarahi. Namun, itulah jalan yang harus saya tempuhi untuk menjadi seorang yang lebih cekap dalam menghadapi patient yang nyawa-nyawa ikan. Kalau terlambat satu minit, maka tanggungjawab di tangan kami. Na`uzubillah….

BELAJAR DENGAN TEKANAN

“Pagi dokter, saya mau melapor. Saya koas(clinical student) bedah umum yang ditugaskan stase di sini”

Saya memulakan dengan ayat yang paling baik pada hari pertama saya ditugaskan di hospital luar daerah pada minggu ke dua setelah keluar dari UGD. Harapan pertama saya memulakan ayat dengan baik supaya first impression doktor pada saya adalah baik. Tapi…harapan tinggal harapan. Muka serius Dr. Syafari pada hari pertama itu masih tersarang di benak saya sampai hari ini. Saya langsung menerima arahan dengan serius.

“Yuk….cepat! ikut saya…kita pergi lihat semua pasien yang di bangsal (ward)”..tidak sempat saya mengambil stethoscope dan alat-alat yang lain, doktor berjalan tanpa menunggu. Berlari saya mengejar doktor. “Kau ini….lama sekali!!!” tiba-tiba saya diherdik disebabkan kelambatan saya dalam berjalan. Saya diam seribu bahasa. Rasanya..takdelah terlalu lambat saya berjalan. Boleh dikirakan sempatlah saya mengejar dia. Tapi..saya tetap diherdik. Fuh..rasa peluh meniti-nitik.

“Petang ni kita GV (ganti verban/balutan luka) semua pasien”…saya menerima arahan. Pengalaman yang sangat sedikit sewaktu di UGD kerana minggu kedua sudah langsung dihantar ke hospital luar daerah, membuatkan saya agak lama dalam mengganti balutan-balutan luka tersebut. Seharusnya, saya dihantar ke luar daerah minggu ke tiga. Memandangkan sedikit student yang station di department ini minggu itu membuatkan saya dan beberapa kawan yang lain di hantar ke luar pada minggu kedua. Sekali lagi saya dimarahi. “Kau ini hidayah….berat sekali….mati pasienmu kalau begini!!!!”. Cara saya memotong pembalut pun dimarahi kerana salah. Cara saya membuka balutan juga salah. Dalam hati……`gunting dan buka pembalut pun ada caranya ke. Ingatkan main bukak dan gunting je’…saya merungut sendiri.

Hari ketiga di sana..saya masih dimarahi. Tapi…hati saya menjadi membuak-buak ingin mebuktikan yang saya tetap boleh. Tercabar rasanya selalu dimarahi kerana perkara-perkara yang remeh. Kali ini..saya memberanikan diri bersuara. “Doc, ajar dulu saya doc. Saya tidak tahu kerana baru minggu kedua. Jangan ki`(kamu) marah-marah. Kalau diajar, pasti tahu”…saya memeberanikan diri bersuara. Akhirnya..saya terlihat senyuman di muka doctor syafari. “Sebenarnya dik…saya sementara mengajar kamu ini dik. Tapi dengan cara mendesak terus. Supaya kamu tidak lama dalam melakukan tindakan. Saya ingin menguatkan mentalmu. Lihat, hari ini kau sudah bisa ganti verban dengan cepat.” saya tersentak mendengar kata-kata doktor. Waktu istirehat petang itu..saya berdiri di anjung hospital yang menghadap laut itu dan berfikir sendiri. Benar apa yang dikatakan doktor sebentar tadi…bebanding hari pertama..saya merasakan yang saya sudah cekap memegang alat dan berjalan dengan lebih cepat.

Banyak operation yang saya harus ikut selama saya di hospital itu. Tangan ini menjadi merah kerana sering diketuk oleh doktor dengan alat-alat kerana ada saja kesalahan yang saya lakukan.

Masuk hari ke empat..doktor Syafari sudah memberi keprcayaannya pada saya untuk mengganti pembalut luka patient tanpa ditemani. Saya juga dibenarkan untuk assist dalam operation dengan specialist walaupun still kena ketuk tangan kerana melakukan kesalahan…huhu. Syukur Alhamdulillah…saya sudah mulai menyesuaikan diri dengan keadaan. Cara jahit yang sebelum ni salah sudah menjad semakin baik dari hari ke hari akibat setiap hari diketuk tangan oleh doktor.

Hari terakhir di sana membuatkan hati saya sedih bila Dr. Syafari mengungkapkan kata-katanya “Adik, saya minta maaf ya kalau sering memarahi kamu. Soalnya di bedah dik..semuanya keras. Saya juga belajar dari situ dik. Kau harus kuat untuk menjadi seorang dokter. Tidak ada istilah menangis di sini. Saya ingin membina mentalmu karena saya takut sekali waktu pertama kau melapor ke saya..saya memikirkan cara terbaik untuk megajarmu karena kayaknya kau sangat lembut. Iya..rata-rata anak Malaysia semuanya lembut.” Saya tersenyum dan dia menyambung lagi. “Saya mau kau tangkas dalam melakukan kerjamu sebagai dokter. Karena pasienmu mengharapkanmu”…hati saya menjadi semakin sebak.

Special thanks to Dr. Syafari as my resident at the hospital and for my operator..Dr Ibrahim Labeda (Specialist in Surgical) yang selalu mengetuk tangan saya ini.huhu….

Walaupun hari-hari selama 3 minggu pertama di emergency room dan hospital luar daerah dipenuhi dengan kepenatan dan tekanan…namun..saya mengutip secebis hikmah dari situ yang mana dari seorang yang senang menangis, menjadi semakin tegar sebab hari-hari dimarahi. Dari seorang yang lambat dalam menangani sesuatu, menjadi cekap dalam segala hal..insyaALLAH. Dari yang jalan boleh dikira cepat menjadi lebih cepat (tapi bukanlah sampai tahap pecut…huhu). Dari yang selalu lupa menjadi lebih bertawakkal dalam sesuatu hal kerana mengingatkan nyawa patient…insyaALLAH..moga istiqamah!...ameen.

To be continue………..part II