Showing posts with label Issues. Show all posts
Showing posts with label Issues. Show all posts

Wednesday, January 21

-:: Ya Allah..moga kami tidak leka ~



Subhanallah wal hamdulillah wa la ila ha illallah wallahu AKBAR!

"Sesungguhnya ya ALLAH, kami meletakkanMU di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMU daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bialaukan persatuan mereka.

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, wahai tuhan yang menggerakkan awan, wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab…hancurkanlah…hancurkanlah…hancurkanlah mereka dan menangkan kami ke atas mereka….

Ameen Ya Rabbal`alamin."

Tergetar rasanya bila membaca doa ini setiap kali di akhir solat. Segala puji bagiMU ya Rahman atas bantuanMU yang tidak terhingga. Semoga para mujaheedMU di Palestin bersemayam bersama para syuhada' - syuhada' terdahulu.

Kemenangan kali ke -2 ini dalam menewaskan tentera Israel yang mana pertamanya adalah pada Julai 2006 oleh penduduk Palestin dan Gerakan Hamas serta Hizbullah benar-benar menunjukkan semangat jihad para mujaheed ini dalam memperjuangkan apa yang hak. Berhentinya perang di Gaza oleh Israel atas alasan “penat” dan “letih” itu memberi gambaran sikap sebenar mereka yang tercatat dalam Al-Quran.

Hanya Allah mengetahui apa yang tercatat di catatanNYA. Hanya Dia yang tahu apa hikmah dari kemenangan ini. Kita sebagai ummatNYA harus terus memperjuangkan kalimah tauhid ini. Jangan lupa yang sebenarnya semua negara di dunia ini masih di dalam perhatian tali barut mereka yang kononnya “pemimpin dunia” yaitu Amerika La`natullah. Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat-hangat tahi himar sahaja. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih-buih yang lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Situasi di Malaysia

Mata saya lebih berkaca-kaca apabila mendengar dari sahabat-sahabat di Malaysia, satu demi satu kemenangan yang didapatkan. Tidak tahu sama ada diri ini gembira, terharu atau sedih. Saya tidak dapat bersama-sama dengan mereka di sana untuk membantu. Bermula dari kemenangan pilihan raya P036 di Kuala Terengganu, kemenangan Pro-M di UM, dan kemenangan sahabat-sahabat di Fakuti Perubatan UKM tahun 3-5 dalam mendapatkan kerusi majlis perwakilan pelajar (MPP) untuk tahun ini cukup membuatkan saya mengingat kebesaran ALLAH. Tahniah dan takziah buat sahabat-sahabat semua. Semoga kemenangan ini menjadi iftitah perjuangan yang masih panjang dan tidak menjebakkan diri kita dalam fitnah dunia yang melalaikan. Pertolongan ALLAH ini harus kita garap sehabisnya! InsyaALLAH…..

Hati saya menjadi takut apabila membaca ayat ini seuisai solat tadi…

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa`a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdo`a kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan” (Yunus:12)

Ayat yang menggambarkan fitrah hakikat manusia ini diturunkanNYA sebagai wahyu adalah untuk kita merenung dan berfikir serta mengingatkan diri sendiri supaya tidak lupa dan leka dengan apa yang didapatkan. Semoga Allah melindungi kita hamba-hambaNya dari segala bentuk fitnah kesenangan sementara…

Wallahu`alam.


Sunday, January 18

-:: Kemengan iftitah perjuangan ::-


“Ana kat Terengganu ni. Pulang mengundi. Emy dan Yamin jugak pulang. Besok diaorang sampai” Wana menegur saya dalam YM petang semalam.

Terkejut saya. Rasanya baru hari tu Wana memberi tahu yang dia sangat sibuk dengan beban tugas program masternya di UKM. Subhanallah….

Tahniah pada semua sahabat-sahabat yang sanggup pulang ke kampung halaman untuk mengundi walaupun sibuk dengan kerja dan beban tugas menuntut ilmu di ibu kota dan negeri lain. Satu undi itu amatlah berharga. Semoga usaha antum semua diberkati ALLAH SWT. Alhamdulillah kemenangan sudah di tangan ISLAM. Semoga dengan kemenangan ini menjadi iftitah yang lebih bermakna dalam perjuangan ISLAM akan datang. Ameen ya rabbal`alamin.

PAS (Mohd Abdul Wahid) mendapat 32,883 undi manakala BN (Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh) 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi. Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan Kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah dalam keadaan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan mu dan mohonlah keampunan padaNya. SesungguhNya Dia adalah sangat Pemberi taubat.” (An-Nasr:1-3)

Doakan jua buat umat Islam di seluruh dunia yg masih didalam getir terutama di Gaza.
Wallahu`alam.