Saturday, January 31

-:: Kesibukan itu kembali lagi ::-

Assalamualaikum sahabat-sahabat fillah...

Saya ingin memohon maaf buat masa ni kerana dalam masa 3 minggu akan datang mulai dari esok, Ahad, 1 Februari...saya tak dapat menghantar apa2 entri memandangkan department "Emergency & Surgery" menanti kedatangan saya. Hospital akan menjadi tempat tinggal saya selama 2 minggu dan seminggu selepas itu, saya akan dihantar ke hospital lain selain dari hospital universiti.

Selamat tinggal katil...
Selamat tinggal makanan yang enak...
Selamat tinggal tidur yang nyenyak...
Selamat tinggal kesenangan sementara...
Selamat tinggal semuanya....

Selamat datang "patient-patient" yang tak tentu waktu..
Selamat datang jarum-jarum jahit yang akan singgah di jari ini...
Selamat datang al-quran peneman oncall..
Selamat datang solat sebagai waktu istirehat...
Selamat datang tidur yang hanya 3 jam satu hari...

Semoga ALLAH memberi kekuatan dalam segala ibadah kepadaNYA ini
Sahabat-sahabat doakan saya...

Wallahu`alam.

Wednesday, January 21

-:: Ya Allah..moga kami tidak leka ~



Subhanallah wal hamdulillah wa la ila ha illallah wallahu AKBAR!

"Sesungguhnya ya ALLAH, kami meletakkanMU di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMU daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bialaukan persatuan mereka.

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, wahai tuhan yang menggerakkan awan, wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab…hancurkanlah…hancurkanlah…hancurkanlah mereka dan menangkan kami ke atas mereka….

Ameen Ya Rabbal`alamin."

Tergetar rasanya bila membaca doa ini setiap kali di akhir solat. Segala puji bagiMU ya Rahman atas bantuanMU yang tidak terhingga. Semoga para mujaheedMU di Palestin bersemayam bersama para syuhada' - syuhada' terdahulu.

Kemenangan kali ke -2 ini dalam menewaskan tentera Israel yang mana pertamanya adalah pada Julai 2006 oleh penduduk Palestin dan Gerakan Hamas serta Hizbullah benar-benar menunjukkan semangat jihad para mujaheed ini dalam memperjuangkan apa yang hak. Berhentinya perang di Gaza oleh Israel atas alasan “penat” dan “letih” itu memberi gambaran sikap sebenar mereka yang tercatat dalam Al-Quran.

Hanya Allah mengetahui apa yang tercatat di catatanNYA. Hanya Dia yang tahu apa hikmah dari kemenangan ini. Kita sebagai ummatNYA harus terus memperjuangkan kalimah tauhid ini. Jangan lupa yang sebenarnya semua negara di dunia ini masih di dalam perhatian tali barut mereka yang kononnya “pemimpin dunia” yaitu Amerika La`natullah. Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat-hangat tahi himar sahaja. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih-buih yang lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Situasi di Malaysia

Mata saya lebih berkaca-kaca apabila mendengar dari sahabat-sahabat di Malaysia, satu demi satu kemenangan yang didapatkan. Tidak tahu sama ada diri ini gembira, terharu atau sedih. Saya tidak dapat bersama-sama dengan mereka di sana untuk membantu. Bermula dari kemenangan pilihan raya P036 di Kuala Terengganu, kemenangan Pro-M di UM, dan kemenangan sahabat-sahabat di Fakuti Perubatan UKM tahun 3-5 dalam mendapatkan kerusi majlis perwakilan pelajar (MPP) untuk tahun ini cukup membuatkan saya mengingat kebesaran ALLAH. Tahniah dan takziah buat sahabat-sahabat semua. Semoga kemenangan ini menjadi iftitah perjuangan yang masih panjang dan tidak menjebakkan diri kita dalam fitnah dunia yang melalaikan. Pertolongan ALLAH ini harus kita garap sehabisnya! InsyaALLAH…..

Hati saya menjadi takut apabila membaca ayat ini seuisai solat tadi…

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa`a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdo`a kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan” (Yunus:12)

Ayat yang menggambarkan fitrah hakikat manusia ini diturunkanNYA sebagai wahyu adalah untuk kita merenung dan berfikir serta mengingatkan diri sendiri supaya tidak lupa dan leka dengan apa yang didapatkan. Semoga Allah melindungi kita hamba-hambaNya dari segala bentuk fitnah kesenangan sementara…

Wallahu`alam.


Sunday, January 18

-:: Kemengan iftitah perjuangan ::-


“Ana kat Terengganu ni. Pulang mengundi. Emy dan Yamin jugak pulang. Besok diaorang sampai” Wana menegur saya dalam YM petang semalam.

Terkejut saya. Rasanya baru hari tu Wana memberi tahu yang dia sangat sibuk dengan beban tugas program masternya di UKM. Subhanallah….

Tahniah pada semua sahabat-sahabat yang sanggup pulang ke kampung halaman untuk mengundi walaupun sibuk dengan kerja dan beban tugas menuntut ilmu di ibu kota dan negeri lain. Satu undi itu amatlah berharga. Semoga usaha antum semua diberkati ALLAH SWT. Alhamdulillah kemenangan sudah di tangan ISLAM. Semoga dengan kemenangan ini menjadi iftitah yang lebih bermakna dalam perjuangan ISLAM akan datang. Ameen ya rabbal`alamin.

PAS (Mohd Abdul Wahid) mendapat 32,883 undi manakala BN (Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh) 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi. Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan Kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah dalam keadaan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan mu dan mohonlah keampunan padaNya. SesungguhNya Dia adalah sangat Pemberi taubat.” (An-Nasr:1-3)

Doakan jua buat umat Islam di seluruh dunia yg masih didalam getir terutama di Gaza.
Wallahu`alam.

Friday, January 16

Khabar pada kawan VS Khabar pada Abang "Long"

Perjalanan ini terasa sangat menyulitkan
sayangan kota duduk disampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan.

Tubuhku tergoncang
di hempas batu jalanan
hati tergetar menampak kering relung hutan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih.

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika aku tanya mengapa
bapa ibunya telah lama mati
ditelan rencana tanah ini.

Sesampainya di laut
kukabarkan semuanya
kepada karang, kepada ombak, kepada matahari,
tetapi semua diam
tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri
terpaku menatap langit.

Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin tuhan mulai bosan
melihat jika kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa.

Atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.

Ebeit G Ade-M.Nasir (Khabar Pada Kawan)

Ingatan saya tiba-tiba terarah pada abang sulung bila mendengar lagu ni waktu “study” tadi. Lagu ini pernah di bawakannya dalam pertandingan lagu-lagu puisi semasa tahun ke 3 di UUM dan mendapat tempat ke-2. Suaranya yang lebih kurang sama dengan Ebeit masih terngiang-ngiang. Suka betul dia dengan puisi kehidupan. Rindu tiba-tiba mencengkam mengingatkan betapa akrabnya kami waktu zaman dulu sebelum dia menikah. Abang lah tempat saya menangis bila saya nak lari dari mak dan ayah bila kena denda sebab buat salah - memang patut pun mengingatkan kenakalan dulu,huhu. Abang lah yang selalu bawak saya jalan-jalan waktu kecil sampai salah satu hobi saya “travel”. Dia akan "study" peta kalau kami satu family travel ke mana-mana. Abang lah yang selalu duduk di sebelah bila problem untuk subjek matematik tak terselesaikan. Abang lah yang selalu nasihat dan marah kalau saya buat salah. Abang lah yang ajar saya how to manage life sepertimana yang ayah ajarkan pada setiap anak-anaknya sampai saya menjadi agak “perfectionist” dalam beberapa hal – bahaya jugak ni, huhu. Setiap perbelanjaan, pemakaian wang, disiplin dia tunjukkan contoh yang sangat baik. Abang jugak lah yang ajar saya suka dengan puisi sebab dia sangat suka dengan puisi kehidupan. Walaupun beza kami 10 tahun, saya lebih rapat dengan abang berbanding adik-beradik yang lain. Cuma sekarang agak jauh sebab saya pun diberi rezki olehNYA untuk mengembara mencari ilmu di negeri orang dan kehidupan abang sudah berbeza tidak seperti dulu lagi tetapi ditambah dengan tanggungjawab keluarganya.

Moga abang Mujahid dan keluarga dalam redha ALLAH SWT selalu. Sikapmu yang disiplin masih menjadi pedoman untukku. Ameen…
Contoh yang baik

Allah menciptakan kita dengan pelbagai sikap peribadi sehingga semua ini menjadi keunikan pada seseorang. Sikap yang berbeza ini lah yang membuatkan manusia itu harus saling bersama dan menghormati satu sama lain untuk saling melengkapi. Sikap yang baik membawa kesejahteraan pada individu dan masyarakat sedangkan sikap yang buruk akan memberikan mudharat pada semua namun ianya dapat diperelokkan dengan adanya keluarga dan sahabat yang selalu mengingatkan dan memberi contoh sikap yang baik.

Saya tidak memfokuskan kepada posisi anak sulung dalam keluarga sahajalah yang harus menunjukkan sikap yang baik pada adik-adik di bawahnya. Tetapi, sebagai ayah dan ibu kepada anak, anak kepada ayah dan ibu, kakak dan abang kepada adik, adik kepada kakak dan abang, kawan kepada kawan, student kepada guru dan sebagainya lagi, haruslah memberi contoh sikap yang baik. Sikap adalah perkara yang sebenarnya dipelajari dari apa yang dilihat dan diajar sewaktu kecil. Jika individu itu tidak bermula dengan adanya sikap yang baik dalam dirinya maka sekelilingnya akan mengikutinya. Walaupun kecil kita lihat, tapi impaknya sangat besar memandngkan status “posisi” kita sangat banyak dalam dunia ni terutama sebagai hamba ALLAH yang mana semua sikap ini akan dinilai di padang masyhar kelak.

Belajarlah dari alam

Seekor ibu ayam akan mengajar anaknya bagaimana mencari makanan dengan menunjukkan cara berjalan terlebih dahulu. Kemudian membawa anak-anaknya di dalam satu barisan. Seterusnya apabila sudah pintar sedikit, anak-anak ayam ini sudah tahu mencari makanan sendiri tapi tidak jauh dari kelompoknya kerana pernah diajar berada dalam satu barisan. Maka kehidupan akan lebih selamat jika sikap yang baik ini sudah mulai dipupuk dari awal.

Allah tempat bermula segalanya

Sikap yang baik ini sebenarnya bermula dari akhlak yang baik. Akhlak yang baik ini bermula dari ibadah yang soheh. Ibadah yang soheh ini datangnya dari ketaqwaan pada ALLAH SWT. Ketaqwaan pada ALLAH SWT ini asalnya dari kecintaan penuh padaNYA. Dan akhirnya semua ini akan menjadi pegangan pada anak-anak. Mana nak ditumpah kuah jika bukan pada nasinya. Bukan pada anak-anak sahaja, tapi pada semua yang berada di sekitar kita.


Wallahu`alam.

Monday, January 12

-:: Sanah Helwa Fatimah......~~


Alhamdulillahirabbil`alamin…

Segala puji bagi ALLAH yang telah memberikan nikmat iman dan islam serta usia. Sanah helwa adikku…Siti Fatimah. Selamat Hari Lahir yang ke-18. Semoga dengan pertambahan usia ini, adik sentiasa dalam redha ALLAH SWT dan menempuh hari-hari mendatang dengan sentiasa mengingatiNYA. All the best untuk result SPM bulan 2 ni dan selamat menempuh STAM buat sementara ni. Moga cita-citamu untuk menjejaki bumi anbiya` tercapai..ameen. Uhibbukifillah…be a good mukminah.
Wallahu`alam