Saturday, March 28

-:: Secebis hikmah yang terselit...Part II ::-



“Diwajibkan ke atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : 216)

Air mata saya sudah bergenang menunggu saatnya jatuh. Tapi, masakan mahu mebiarkan ianya jatuh dengan begitu sahaja. Saya cuba bertahan di situ apabila melihat kertas yang diedarkan kawan-kawan pada waktu itu. Di kertas itu, tercatat nama-nama pelajar megikut pusingan 8 subdivisi department surgery & emergency. Seperti mahu menjerit bila melihat namaku berada di subdivisi “Bedah Thorax”. Ini bermakna saya bakal menambah satu minggu lagi waktu bermalamku di hospital. Subdivisi yang paling malas dimasuki bukan kerana beratnya, tetapi kerana berada di hospital selama 24 jam/7 hari. Hati saya memberontak seketika.

Saya menjadi tidak puas hati satu hari di unit kecemasan hari itu. Bagaimana tidak begitu…sebelumnya saya sudah diberitahu oleh chief koas (leader clinical student) yang saya ditempatkan di subdivisi “Bedah anak”. Saya cuba mengawal emosi. Dengan tekadnya, saya berusaha menghubungi sahabat-sahabat yang sudah berada di ward untuk menukarkan kembali saya ke subdivisi asal. Tidak sanggup saya untuk terus bermalam di hospital setelah tiga minggu tidak pulang-pulang ke rumah. Pulang pun sekadar mengambil apa yang diperlukan. Selama tiga hari saya berusaha meminta bantuan kawan-kawan dan chief. Urusan ALLAH lebih mengatasi urusan hamba-hambaNYA. Nama saya tetap tidak berubah, masih di subdivisi yang sama. Ini bermakna, saya harus juga melepasi subdivisi ini sebagai station pertama setelah di unit kecemasan. Kaki yang berat dipaksakan untuk melangkah dengan seluruh tubuh yang terasa sangat pegalnya sehingga ke hujung kaki.

MEREKA MEMAHAMI

Setelah melapor ke doktor subdivisi dan mendapat arahan dari ketua subdivisi sebelumnya, kami diwajibkan untuk melihat semua pesakit-pesakit di ward. Saya diberikan amanah untuk memegang dua pesakit. Wajah semakin lesu akibat tidak cukupnya tidur selama 2 minggu di unit kecemasan dan 1 minggu di hospital luar daerah.

“Hidayah, saya kasi kau pasien yang ringan-ringan saja ya. Kau, serly dan kak ati. Kalian kan baru dari UGD (Unit gawat darurat / kecemasan)” tegur Iva. Saya jadi malu. Sebagai seorang doktor, seharusnya tidak ada istilah penat atau letih. Tapi..sejujurnya..badanku sudah harus dibaiki kembali kondisinya. Selsema tiba-tiba datang di waktu getir ini. Saya sudah tidak boleh tidur dengan nyenyak akibang sering batuk waktu tidur malam.

Besoknya, teman-teman sekumpulanku menyuruhku istirehat di bilik koas. Saya merasa sangat bershukur mendapatkan mereka yang memahami. Kerana hakikatnya selama saya menjadi koas, banyak saya temui kawan-kawan yang mementingkan diri sendiri sehingga kawan yang sakit pun di “wajib”kan untuk bekerja tanpa alasan kerana bagi mereka..tidak ada satu orang, bakal menyusahkan dan menambahkan kerja-kerja mereka.

TAMBAHAN UJIAN

Setelah melewati subdivisi yang memerlukan kesabaran itu, saya sekali lagi disampaikan oleh chief bahawa saya akan menjadi leader di subdivisi seterusnya iaitu “Bedah Digestif”. Aduh…rasa peluh meniti-nitik. Walaupun sudah keluar dan tidak tidur di hospital seperti subdivisi sebelumnya, tanggungjawab yang besar seperti menekan-nekan pundak bahu saya. Subdivisi Bedah Digestif juga digolongkan dalam salah satu subdivisi besar yang stress selain bedah thorax dan bedah urologi. Saya kuatkan juga untuk menelan semuanya.

Hari pertama sebagai leader di sini sudah membuatkan saya pulang pukul satu pagi ke asrama. Saya harus melihat semua pesakit-pesakit di bawah kelolaan subdivisi ini. Malam itu, saya terpaksa round ward sendiri sebanyak kurang lebih 50 patients supaya mudah untuk melapor ke doktor pada esok hari nya. Sebagai seorang leader saya harus mengetahui semua pesakit. Bukan sekadar kedudukannya di ward, tapi diagnosisnya dan keadaan umumnya juga harus diketahui. Selain itu, kelancaran semua kerja dalam menangani pesakit dari penanggungjawab doktor yang akan merawatnya sampai ke jadual operasi bergantung pada kualiti management saya mengendalikan teman-teman. Saya membahagikan tugas-tugas pada kawan-kawan supaya tidak semua perkara membebankan saya sendiri. Dan hakikatnya itulah kerja berkumpulan. Harus kerjasama yang tinggi.

Saya semakin suka kepada subdivisi ini walaupun penat sebagai leader. Kenapa begitu?...ucapan terima kasih doctor-doktor pada saya dan kawan-kawan tidak pernah lekang. Kepercayaan mereka pada kami membuatkan saya seronok untuk bekerja dengan ikhlasnya. Tiga hari berturut-turut saya pulang tengah malam walaupun sebenarnya bukanlah shift saya untuk jaga waktu itu. Saya harus pastikan semuanya tersusun rapi dan pesakit dalam kondisi yang baik. Syukur tidak terhingga, kerana di sini saya belajar bagaiman untuk menjadi leader pada masyarakat. Dimarahi, penat dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. Tanggungjawab saja yang difikirkan walaupun tidak makan satu hari. Jika satu amanah tercicir, saya menjadi takut dipertanyakan nanti olehNYA selain ditanya doktor-doktor residen waktu round ward. Alhamdulillah..i got something from the experience.

TERLALU STRESS PADA AWALNYA

Setelah melepasi dua subdivisi yang besar dan stress, saya masih harus mengikuti dua subdivisi yang besar setelahnya. Subdivisi “Bedah Onkologi” dan “Bedah Urologi”. Itulah hakikatnya jika pertama mendapatkan subdivisi “Bedah Thorax” sebagai station pertama. Pusingan ini tidak pernah berubah, harus mengikut jalurnya. Itulah membuatkan saya tidak kuat menerimanya pada waktu pertama dahulu. Namun, paku tetap jua haru ditelan. Allah lebih mengetahui segalanya. Saya berusaha untuk melaluinya juga. Di Bedah Urologi, memandangkan kami berhadapan langsung dengan professor, tidak ada hari yang tidak pernah stress. Sikap prof yang sangat complicated dan perfectionist dalam segala hal membuatkan doctor-doktor resident harus memastikan segalanya complete dalam menangani pesakit. Keadaan doktor-doktornya yang stress, membuatkan kami terkena tempias anginya. Seperti pantai yang terkena ombak. Tiada hari yang saya tidak pernah dimarahi di depan pesakit. Telinga ini terpaksa dipekakkan buat seketika. Muka yang merah, terpaksa dibiarkan sahaja.

ENGKAU MENGETAHUI SEGALANYA YA ALLAH

Hari ini, saya sudah 8 minggu di bedah. Besok, saya akan memasuki minggu ke 9. Hanya tinggal 3 minggu lagi sebelum ujian. Sambil merenung ciptaanNYA di luar bilik tadi, saya merasa tidak sia-sia saya melewati semua ini walaupun hakikatnya pertama saya amat susah menerima pusingan yang saya dapatkan. Saya sekarang berada di subdivisi yang kecil dan agak ringan setelah melepasi subdivisi yang berat. Tidaklah terlalu menstresskan. Saya dapat memfokuskan kepada assignment yang diwajibkan untuk dipresentasikan pada minggu ke 10. Ada hikmah sebenanarnya kenapa DIA susahkan saya pada waktu pertama. Saya sama sekali tidak terurus pertamanya akibat pusingan jadual yang begitu. Tetapi betapa tinggi hikmahNYA kerana sekarang waktu diberikanNYA untuk istirehat dan mengulang kaji kembali pelajaran yang tidak pernah sempat sebelumnya akibat terlalu penat.

Semoga perjalananku sampai ujian dimudahkan olehNYA.ameen…

Segala puji bagiMU Ya ALLAH. Ya ALLAH..benar ayatMu di dalam surah al-Baqarah. Tidak sia-sia KAU memberi sesuatu pada hambaMU. Dalam kesenangan KAU selitkan himahnya. Dalam kesusahan bertambah-tambah KAU selitkan hikmahnya. Cuma kadang-kadang manusia lupa mencari hikmah itu. Semoga KAU golongkan kami sebagai hamba-hambaMU yang tidak pernah lupa…..ameen.

3 comments:

  1. solute ana pada bakal2 doktor..bagaimana ana menangani stress dlm diri ketika mmbntu pesakit..hebatnya doktor..mudahan Allah permudahkan jalan..insan yang niat tulus hatinya ingin membantu insan lain yg memrlukan bantuan..moga terus diperkuatkan diatas jalan perjuangan..salam syg..slm mujahadah..buat mu teman..:)moga Allah sntiasa d hati

    ReplyDelete
  2. Salam alayk

    My dear ukhti fillah,

    Sesungguhnya Allah tidak menguji melainkan tahu hamba-Nya mampu menghadapi segala ujian yang didatangkan. Lama dah tak pergi bilik akak, insyaAllah nanti kita sembang lama2 ya... bila agaknya akak tak busy skit eh? heheh..Miss the good old days, moga hari yang mendatang semakin mematangkan dalam mengatur langkah untuk satu perjuangan. :)

    Uhibbuki fillah abadan abada.

    Salam sayang dan rindu selalu..

    ReplyDelete
  3. Salam akak..
    makin2 takut akan cabaran mendatang. Namun semangat akak, alhmdulillah sedikit sebanyak menjadikan motivasi buat menghadapi akak cabaran itu.
    ada tips utk terus bertenaga sepanjang hari n utk maintain kesehatan time akak koas..ni anjuran nabi, iaitu minum madu stiap hari (bukan promote madu ana..heheh)..moga cergas n siap sepanjang hari utk membantu n berkorban utk or lain. Jazakallah.

    ReplyDelete