Sunday, January 11

Apa Ertinya Saya Menganut Islam I


Bismillahirrahmanirrahim…
Sehari saya memikirkan apa yang akan dibawakan untuk usrah adik-adik petang tadi. Setelah mengatur kembali silibus-silibus yang telah diselesaikan..seharusnya saya memasuki tentang sirah islam yaitu zaman khilafah. Tapi..hati saya lebih tertaut dengan silibus lepas yaitu tulisan Fathi Yakan dalam Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Saya merasakan asas ini harus diulang lagi kerana ia adalah asas dari segalanya dalam membentuk individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim dan terakhir sekali adalah negara Islam.


Saya lebih menumpukan kepada bab I yang membincangkan tentang :
Saya mestilah muslim di sudut aqidah
Saya mestilah muslim di sudut ibadah
Saya mestilah muslim di sudut akhlak
Saya mestilah muslim di sudut keluarga

Bosan rasanya jika menguraikan dari sebuah buku sahaja. Setelah merujuk kepad beberapa buku, saya dapat membuat kesimpulan tentang ke-empat-empat perkara asas ini.

Agama


Ciri-ciri dalam sesebuah agama adalah menunjukkan hubungan manusia dengan tuhan (hablu minallah) dan hubungan manusia dengan manusia (hablu minannas). Bukan agama islam sahaja malah kalau dilihat agama lain juak mempunyai cirri yang sama. Dalam agama Islam, ciri-ciri ini dipercantikkan lagi dengan adanya aqidah dan ibadah untuk membuktikan hubungan manusia dengan tuhan serta akhlak dan keluarga untuk membuktikan hubungan manusia dengan manusia.


Bagaimana untuk menjadi muslim dari semua sudut ini ?


Asasnya adalah Islam, Iman dan Ihsan. Tiga perkara ini member erti yang sangat besar sehingga diberi keutamaan penerangan mengenainya dalam surah yang sering kita baca dalam solat yaitu Al-Fatihah dan dalam hadith yang disampaikan Rasulullah SAW dalam Hadith Arbain yang ke-2.

Dari Umar rodhiyallohu’anhu juga, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat Rosululloh shollallohu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk di hadapan Nabi shollallohu ‘alaihi wasallam, lalu mendempetkan kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata: ”Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam” Kemudian Rosululloh shollallohu’alaihi wasallam menjawab: ”Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada sesembahan yang haq disembah kecuali Alloh dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Alloh. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Romadhon, dan mengerjakan haji ke rumah Alloh jika engkau mampu mengerjakannya” Orang itu berkata: ”Engkau benar” Kami menjadi heran, karena dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman”. (Rosululloh) menjawab: ”Hendaklah engkau beriman kepada Alloh, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk”Orang tadi berkata: ”Engkau benar” Lalu orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang ihsan” (Beliau) menjawab: “Hendaklah engkau beribadah kepada Alloh seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.” Orang itu berkata lagi: ”Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat” (Beliau) mejawab: “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya” Orang itu selanjutnya berkata: ”Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya” (Beliau) menjawab: ”Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang Badui yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala domba berlomba-lomba dalam mendirikan bangunan.” Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi shollallohu ’alaihi wasallam bersabda: ”Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu ?” Aku menjawab: ”Alloh dan Rosul-Nya yang lebih mengetahui” Lalu beliau bersabda: ”Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian”(HR. Muslim).


Islam berbicara masalah lahiriah, iman berbicara masalah batiniah dan ihsan itu adalah gabungan dari kedua-duanya. Jika ada islam dan iman maka lahirlah ihsan.


Iman


“Segala puji bagi Allah, Rabb bagi sekalian alam” (Al-Fatihah :2)

Iman kepada ALLAH merangkumi tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah. Tauhid uluhiyyah dari kalimah Allah/Ilah ini membawa pengertian seseorang itu mentauhidkan ALLAH dari segi `ubudiyyah (per`ibadatan/penyembahan). Tauhid rububiyyah dari kalimah Rabb ini bererti meyakini ALLAH sebagai Rabb atau pencipta terhadap segala sesuatu dan pemberi segalanya dengan seizinNYA.


Ihsan


“Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.”


Kesempuranaan ihsan dapat meliputi dua keadaan yaitu bila mana mencapai tahap muroqobah dan musyahadah. Muroqobah adalah sentiasa merasakan diawasi dan siperhatikan ALLAH SWT dalam setiap perkara. Musyahadah pula ialah sentiasa memerhatikan sifat-sifat ALLAH dan mengaitkan seluruh kehidupan dengan sifat-sifat tersebut. Contohnya, jika seseorang ditimpakan sesuatu ujian, dia tidak langsung merungut dan bersalah sangka kepada ALLAH tetapi merasakan kehadiran kasih sayang ALLAH terhadap dirinya kerana dia tahu bahawa ALLAH itu maha pengasih.


Apabila saya merenung hadith mengenai ihsan ini membuatkan saya memikirkan hakikat kehidupan.


Ketika kita menduduki ujian dan menjawab ujian di mana di samping kita berdiri pensyarah yang mengajar subjek ujian tersebut, pastilah kita akan melakukan sebaik dan seelok mungkin jawapan-jawapannya kerana kita tahu kita sekarang sedang memerhati dia. Jika kita menduduki ujian dan menjawab ujian tanpa ada pensyarah di samping kita, kita tetap akan melakukan sebaik mungkin kerana kita tahu kita akan bertemu dengan pensyarah yang mengajar subjek itu beberapa hari lagi atau saat waktu mengambil nilai ujian tersebut. Walaubagimanapun kita akan diperhati. Begitulah konsep ihsan.


Jika ketiga-tiga asas ini (Islam, Iman dan Ihsan) dipahami maka matlamat Fathi Yakan untuk memberi erti kita menganut ISLAM akan tercapai dengan adanya aqidah, ibadah dan akhlah yang sahih.


Sahabat-sahabat fillah, rasakanlah kehadiran ALLAH SWT sentiasa dalam setiap perkara yang kita lakukan. Jika ALLAH kita hadirkan bersama maka setiap usaha dan ibadah yang kita lakukan insyaALLAH matlamatnya adalah akhirat dan DIA bukan lagi manusia. Mehnah manusia akan kita hadapi dengan positif. Ketenangan akan didapatkan.


Allah dzat yang telah menciptakan kamu kemudian memberikan rezki kepadamu, kemudian mematikan kamu kemudian menghidupkan kamu” (Ar-Rum : 40)


Wallahu`alam.

No comments:

Post a Comment