Sunday, August 9

-:: BADAR METROPOLITAN - telah terbit ! ::-

Alhamdulillahirabbil`alamin……

Dengan izin ALLAH SWT, akhirnya terbitlah buku antologi puisi BADAR METROPOLITAN EDISI KHAS, SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2008.Terima kasih dan tahniah untuk sahabat-sahabat GKLN yang berusaha sehabis tenaga dalam menerbitkan buku ini. Semoga dari penulisan-penulisan kita ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. InsyaALLAH.
Memuatkan 70 buah puisi yang dipilih dari peserta-peserta sayembara puisi berunsur Islam GKLN 2008.
Untuk tempahan, emelkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah naskhah ke fahd_razy@yahoo.co.uk. (saudara fadh, saya tolong promote kan ni..hehe)
Harga RM15 (termasuk kos pos) setiap naskhah.Setiap pembelian 5 naskhah dan ke atas akan menerima harga istimewa RM13 senaskhah (termasuk kos pos)

Layari http://gklnpublishinghouse.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Beli…jangan tak beli..^_^~~

p/s : buat keluarga di rumah..nantikan kehadiran buku ini (ada puisi khas dari hidayah untuk mak ^_~)..tak lama lagi sampailah tu..insyaALLAH.
Wallahu`alam.

No comments:

Post a Comment