Saturday, August 8

-:: something to remember ::-

(1 Ogos 2009)
Telefonku bergetar dengan bunyi nada dering sms.

Message 1 : “Assalamualaikum. Kak Dayah..dengar kata kak dayah nak balik kan? Bestnya kalau dapat jumpa kak dayah..mak bagi tau kak dayah ada plan nak balik”

Message 2 : “Wsalam. Adik..minta maaf. Kak dayah tak dapat balik. Tiket mahal sangat. Then, kak dayah dapat masuk department baru next week. Dah tukar jadual. Kak dayah dah fikir balik lepas solat maghrib tadi. Lagipun imigresen kak dayah untuk perpanjang visa pun tak siap lagi. Bagi tau mak ya.”

Message 1 : “oo..macam tu. Sedihnya…jadi tak dapat la kita berjumpa sebelum adik fly. Keputusan kak dayah tu dah betul..insyaALLAH. Kesian jugak kat mak nak keluarkan duit untuk duit flight kak dayah.”

Message 2 : “Don`t worry adik. InsyaALLAH…perpisahan kita ni kerana perjuangan. Perjuangan mencari ilmu keranaNYA. Kita berpisah kerana ALLAH. Untuk gembirakan hati mak ayah. Adik jangan sedih…Tetaplah semangat dalam mencari ilmu. ”

Message 1 : “Terima kasih kak dayah. Adik akan lakukan terbaik.”

Tiba-tiba teringat sms adik hari sabtu lepas. Masa tu baru lepas diundi examiner untuk ujian O&G. Tak sangka ujian dicepatkan. Jadi dapat lah cuti dua minggu…Namun, perancangan ALLAH lebih dari segalanya. Banyak perkara yang membuatkan plan untuk pulang berjumpa adik tidak terpenuhi. Semua ada hikmahnya..InsyaALLAH.

Hari ini, saya tak dapat bersama-sama dengan keluarga dalam kenduri `aqiqah anak buah yang baru..Nur `Aisyah Hasanah binti Muhammad Husamuddin dan juga kenduri kesyukuran adik yang akan fly ke Jordan pada hari raya ke-3 nanti. Semoga dengan bertambahnya ahli keluarga yang baru dan pemergian adik ke Bumi Syam memberi barakah yang tertinggi dalam keluarga serta mendapat keredhaan ALLAH. InsyaALLAH. Terima kasih doa dari sahabat handai dan keluarga sekitar kami….

Miss all of you in Kedah…
Adik, tetap semangat! Allah bersama kita..
Wallahu`alam,
South Sulawesi, ID.

No comments:

Post a Comment