Sunday, January 4

GIRL`S DAY OUT


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah SWT. Rehlah "half day" yang dianjurkan devisi muslimat IMAM chapter Makassar ke Tanjung Bayang berjalan dengan lancar seizinNYA. Program yang dirancangkan tidak sampai tiga hari itu memberi kesan yang besar pada diri saya di mana hari-hari dipenuhi dengan kesibukan sebagai pelajar "clinical". Otak yang sarat sebelumnya dengan tugasan dan jaga (oncall) dapat direhatkan sebentar. Objektif dari program adalah untuk memupuk ukhuwwah di antara muslimat pelajar-pelajar di sini sambil mentadabbur alam ciptaanNYA. Pada awalnya rancangan lokasi awal adalah di Akarena Beach, namun atas sebab-sebab tertentu, lokasi ditukar pada akhirnya.

03 Januari 2009

1430 : Muslimat bertolak dari tempat kediaman kami (rusun UNHAS)

Alhamdulillah, keterlibatan sahabat-sahabat memeberangsangkan. Dari batch super senior (2003) sampailah ke junior yg masih bertatih (2008). Saya dan beberapa sahabat bertolak lebih awal dari sahabat-sahabat lain yang menaiki bas untuk persediaan awal.

1533 : Kami tiba di pondok yang disewa di Tanjung Bayang. Berehat sebentar sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain.

1545 : Sahabat-sahabat yang lain sampai. Keadaan jalan yang agak kecil menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki ke arah pantai kerana bas tak dapat masuk.

1615 : Solat asar dan bacaan ma`thurat secara berjemaah. Angin pantai terasa dingin.

1645 : Aktiviti bebas.

AJK yang menguruskan "game" menjalankan tugasnya. Sanagat menarik. Untuk lebih mengenali sahabat-sahabat kami diminta untuk berpecah kepada beberapa kumpulan berdasarkan tarikh lahir, asal negeri dan huruf permulaan pada nama. Lalu diwajibkan berkenalan antara satu sama lain. Alhamdulillah, adik-adik yang kurang dikenali bertambah erat tautan sebab masing-masing dah kenal :)

Sambil-sambil tu beberapa sahabat bertungkus lumus sediakan "barbecue". Asap mula berkepul-kepul. Mata masing-masing dah merah sebab lama sangat kat depan asap. Kami bakar ayam dan ikan yang sebelumnya dah di olah dari rumah. Air tangan ukhti Nusaibah (AJK makanan) memang best sehingga menjilat jari.huhu...

1800 : Dah penat main dan bakar ayam, ikan..kami bersihkan diri sedia untuk solat maghrib berjemaah kat tepi pantai. Sebelum masuk waktu..kami menunggu "sunset" sambil mentadabbur keindahan alam. Subhanallah..cantiknya ciptaanMU.

1830 : Solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan olkeh ukhti Sakinah dan tazkirah ringkas disampaikan oleh ukhti Yong. Tazkirah yang menarik...mengenai ciptaan alam. Shukran ya ukhti.

1900 : Perut semua dah mulai lapar. Ayam dan ikan yang dibakar baunya dah menusuk-nusuk. Semua dah ready untuk makan.

Ukhti Maimanah macam pengawas..huhu. Mengarahkan muslimat-muslimat ni berpencar supaya tak makan sama2 batch ja. Bercampur semuanya supaya lebih mengenali. Good work ateh...lepas ni jadi pengawas lagi eh.

2000 : Semua dah habis makan. Bersedia untuk pulang. Sebelum tu sampah dipastikan tak ditinggalkan merata. Muslimat bergotong royong membersihkan kawasan pondok.

2015 : Kami bertolak pulang dengan hati masing-masing yang sangat gembira dan bersyukur walaupun keletihan tergambar kat wajah.

Shukran jazilan pada semua...tak lupa juga pada ahli jawatankuasa IMAM devisi muslimat yang menjayakan rehlah kali ni. Semoga perjuangan kalian dihitung Allah SWT. Uhibbukum fillah...

Sesungguhnya saudaramu yang jujur adalah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untukmu, dan orang yang apabila zaman berganti tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap buatmu. -Saidina Ali karamallahu wajhah-

p/s :minta maaf..tak dapat nak upload gambar..insyaALLAH..sesi akan dtg saya uploadkan.

Wallahu`alam..

No comments:

Post a Comment