Thursday, January 1

Kenangan itu kembali lagi


MENCARI JERNIH DI MADINAH

Semakin senja menyelami kisah,
semakin marak ingatan terarah,
padang pasir yang bahang mendera,
dengan tapak-tapak rekah merata.

Dengus unta berbaur sayup,
langsir khemah berkibar redup,
terdengar dalam irama bersambung,
bercerita tentang musim,
berbicara tentang waktu,
kemenangan yang hanya sementara.

Malam masih bernafas di Makkah,
dicerahi sabda Rasulullah,
sunyi diisi langkah mujahid megah,
syahadah mulai menyelubungi indah.

Ketenangan tiba-tiba menggeletar sendirian,
deru pasir dan gunung berbalah dari jauh,
bintang-bintang semakin jatuh,
mengucapkan kebimbangan,
kerana bisik berganti laungan,
laungan berganti jeritan.

Malam berbau pembunuhan,
Quraisy semakin menggila,
Abu Jahal cekal menghujah,
hati nafsunya menggelora,
taufan di matanya hanya Muhammad,
akan dibunuh dicincang melumat.

Dalam sengguk dan terjaga,
ditemani bulan muda Rabi`ulawal,
Madinah menjadi tujuan saksama,
agar jernih bertambah kental.

Terlalu sepi kembara itu,
bermula tapak dengan cermat,
menongkah jalan jauh
dan dalam samar gurun yang luas,
menuju sisi pantai Laut Merah,
agar langkah lebih terarah.


Perjalanan semakin larut,
siang bau pasir,
malam bau embun,
keletihan berganti tekad
kerana Madinah semakin dekat.


Nukilan,
Bushra (Nurhidayah)


Saya merasakan koleksi puisi dalam buku catatan saya semakin bertambah dari hari ke hari. Alhamdulillahirabbil`alamin...dengan kekuatan dari seorang sahabat (srikandi), rasa keyakinan itu ada untuk menyampaikannya. Shukran Jazilan ya ukhti Fillah. Kasih sayangmu terasa di hati ini....

Mengingatkan apa yang berlaku pada PALESTIN baru-baru ini membuatkan saya teringat akan kisah hijrah rasulullah dan para sahabat. Keadaan Makkah, pada awalnya tenang dengan dakwah secara sembunyi yang dibawakan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa sahabat. Ianya berjalan dengan lancar hanya seketika dan akhirnya mereka diserang oleh kaum musyrikin selepas turunnya firman ALLAH pada Rasulullah SAW untuk melakukan dakwah secara terang-terangan. Bukan sekali dua mereka disiksa malah banyaknya sehingga tak terhitung. Akhirnya hijrah ke Madinah yang Rasulullah pilih sebagai jalan keluar.

Kepada Palestin dan sahabat seISLAM...
Banyak hikmah dari kisah ini. Penderitaan tidak lama selagi di jalan ALLAH. Bukan bermaksud anda harus lari dari negara sendiri..tetapi untuk teman-teman seISLAMku...
Hijrahlah diri anda ke arah yang lebih baik dan bangkitkanlah sinar-sinarnya kembali agar ISLAM tidak dipandang hina. Hijrahkanlah diri anda dengan peduli pada sahabat-sehabat kita di sana. Hijrahlah wahai pemimpin dunia ISLAM dengan tidak bersembunyi di balik batu. InsyaALLAH, ada jalan keluar untuk para mujaheedMU sepertimana yang diberi ALLAH pada rasulNYA dan muslimin Makkah.

Semoga hikmah dan ibrah dari hijrah Rasulullah dan para sahabat dari Makkah ke Madinah dapat diambil.
Wallahu`alam.


2 comments:

  1. Salam, akak..suka puisi ni.. penuh makna, m'ingt sejarah nubuwwah..m'bakar semangat juang..
    ukhuwah fillah~

    p/s: sygnya puisi ni tak dihantar ke sayembara puisi dan cerpen ipem baru2 ni..

    ReplyDelete
  2. wsalam....akak hantar puisi ni ke IPEM.tapi...takde rezki.insyaALLAH..ada yg lebih baik.

    ReplyDelete